Kebakaran hutan seluas lebih 2 hektar di Pelabuhan Klang

Kerja-kerja pemadaman giat dilaksana dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa 

KLANG, 15 Ogos Kawasan hutan seluas kira-kira 2.02 hektar dilapor terbakar, tengah hari tadi berhampiran sebuah kedai di Jalan Beringin, Kawasan 13, Pelabuhan Klang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.24 petang.
  • Pasukan pegawai dan anggota BBP Pelabuhan Klang tiba di lokasi dalam masa lima minit.
  • Operasi mendapat bantuan BBP Sri Andalas, kerja pemadaman giat dilaksanakan dan tiada mangsa terbabit.

Kenyataan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.24 tengah hari.

“Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Operasi turut mendapat bantuan BBP Sri Andalas dengan kerja-kerja pemadaman giat dilaksana dan tiada mangsa terbabit dalam insiden berkenaan,”menurut kenyataan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.