Dua maut, gempa kuat di Indonesia

 Foto AFP

JAKARTA, 15 Ogos – Sekurang-kurangnya dua orang maut dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.7 magnitud dan puluhan gegaran susulan melanda timur Indonesia pada pagi Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan penyelamat giat mencari mangsa dan memindahkan penduduk di bandar Maumere.
  • Rakaman tunjuk pasukan menyelamat memotong runtuhan dan mengeluarkan mayat.
  • Gelombang tsunami kurang daripada satu meter direkodkan di beberapa kawasan; amaran tsunami ditarik balik kira-kira tiga jam selepasnya.

Pihak berkuasa berkata pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa serta memindahkan penduduk di bandar Maumere.

Rakaman agensi mencari dan menyelamat Indonesia menunjukkan pasukan penyelamat memotong runtuhan sebuah bangunan yang musnah sebelum mengeluarkan satu mayat.

Gelombang tsunami kurang daripada satu meter direkodkan di beberapa kawasan sebelum amaran tsunami ditarik balik kira-kira tiga jam selepas gempa berlaku.

Menurut Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB), selain dua kematian, seorang lagi dilaporkan cedera di Kabupaten Sikka.

Gegaran kuat dirasai di seluruh Nusa Tenggara Timur, Nusa Tenggara Barat serta beberapa kawasan di Sulawesi Selatan.

Penduduk di beberapa kawasan melaporkan gegaran berlarutan kira-kira seminit.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) merekodkan gempa pertama pada pukul 4.58 pagi waktu tempatan pada kedalaman 15 kilometer, sebelum disertai beberapa gegaran susulan.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.