
TEHRAN, 15 Ogos – Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi, menegaskan bahawa Selat Hormuz kekal milik Iran, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau akan mengisytiharkan laluan perairan itu sebagai sebahagian daripada wilayah AS.
- Selat Hormuz adalah dan akan kekal milik Iran, kata Timbalan Menteri Luar.
- Iran menegaskan hanya pihaknya boleh membuka atau menutup laluan strategik itu.
- Kenyataan dibuat sebagai tindak balas kepada Presiden AS yang mahu mengisytiharkan Selat Hormuz milik AS.
“Selat Hormuz telah menjadi milik Iran, adalah milik Iran dan akan kekal milik Iran,” kata Gharibabadi menerusi platform X.
Tegasnya laluan strategik berkenaan hanya akan dibuka dan ditutup atas arahan Iran.
Kenyataan itu dibuat selepas Trump pada Jumaat berkata selepas AS menewaskan Iran, beliau “tidak lama lagi” akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah AS.
Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan strategik yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan antara laluan utama penghantaran minyak dunia.-AFP