TADIKA, TASKA di Sarawak dibenarkan beroperasi jika IPU 200

Foto BERNAMA

KUCHING, 14 Ogos – Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Sarawak dibenarkan beroperasi sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara(IPU) mencecah 200.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah ini untuk membantu keperluan ibu bapa bekerja menempatkan anak-anak mereka.
  • Kehadiran ke pusat kekal berdasarkan budi bicara dan pilihan ibu bapa masing-masing.
  • TADIKA dan TASKA perlu menyediakan persekitaran selamat dan terkawal mengikut Prosedur Operasi Standard yang sewajarnya.
  • Ibu bapa harus memaklumkan jika anak ada asma, masalah pernafasan atau keperluan penjagaan khas.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, langkah tersebut bagi menampung keperluan ibu bapa yang bekerja untuk menempatkan anak-anak mereka.

“Kehadiran ke pusat tersebut bagaimanapun kekal berdasarkan budi bicara atau pilihan ibu bapa masing-masing,” katanya.

Jelas beliau, TADIKA dan TASKA perlu menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan terkawal mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sewajarnya.

“Bagi kanak-kanak yang menghidap asma, mempunyai masalah pernafasan atau gangguan kesihatan lain yang memerlukan perhatian khusus, ibu bapa harus memaklumkan keadaan kesihatan serta keperluan penjagaan anak mereka,” tambah beliau lagi.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata langkah-langkah tersebut digariskan kementerian susulan situasi jerebu semasa di Sarawak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.