
PADAWAN, 13 Ogos – Seorang penganggur warga Indonesia dicekup polis kerana memiliki kira-kira 1.04 kilogram dadah jenis syabu.
RINGKASAN BERITA AI
- Ditahan di sebuah restoran berhampiran RPR Batu Kawa sekitar pukul 2 petang Rabu.
- Polis menemui bungkusan plastik berisi ketulan kristal; telefon pintar dirampas, anggaran nilai RM52,300.
- Suspek negatif ujian saringan air kencing; kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William, suspek wanita berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah restoran berhampiran Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa, sekitar pukul 2 petang Rabu.
“Suspek membawa bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi ketulan-ketulan kristal,” katanya ketika dihubungi RTM.
Jelas beliau, dadah tersebut dianggarkan bernilai RM52,300.
“Suspek negatif daripada sebarang pengaruh dadah setelah ujian melalui saringan air kencing,” ujarnya lagi.
Polis turut merampas seunit telefon pintar milik suspek.
Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.