Promosi judi ‘online’: Pempengaruh, Nur Syakilla dikenakan bon berkelakuan baik

Nur Syakilla Natasya Sukri, 20, di pekarangan Mahkamah Majistret Marang hari ini/ RTM

MARANG, 12 Ogos- Pempengaruh media sosial, Nur Syakilla Natasya Sukri dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Marang hari ini atas pertuduhan mempromosikan perjudian dalam talian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nur Syakilla, 20, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret.
  • Didakwa mempromosikan perjudian dalam talian pada 23 Januari di Pasar Marang, Terengganu.
  • Diwakili peguam Muhamad Ramlan Taib; JKM menyediakan laporan sosial untuk pertimbangan mahkamah.
  • Kes di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Judi Terbuka 1953; hukuman denda RM5,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Nur Syakilla, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Athirah Hasyim.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan mempromosikan perjudian dalam talian pada 23 Januari lepas di kawasan Pasar Marang, Terengganu.

Nur Syakilla diwakili peguam Muhamad Ramlan Taib, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu menyediakan laporan sosial untuk membantu mahkamah menentukan hukuman yang sesuai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.