Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS menjelang pengumuman KDNK suku kedua

Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, menjelang pengumuman data rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dijadual pada 14 Ogos ini, kata seorang ahli ekonomi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat jangka KDNK suku kedua tumbuh 5.8% disokong prestasi domestik.
  • Ekonomi Malaysia kekal agak berdaya tahan yang boleh memberikan sokongan lanjut kepada ringgit.
  • Ringgit dijangka kekal pada sekitar RM4.08-RM4.09 berbanding dolar AS.
  • Indeks Dolar AS tidak banyak berubah; peniaga menunggu IHP AS, konsensus 3.4% berbanding 3.5% pada Jun.

Pada 8 pagi, ringgit dibuka tinggi kepada 4.0895/0950 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.0905/0940 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ekonomi dijangka berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua, didorong oleh prestasi domestik yang kukuh.

“Ekonomi Malaysia kekal agak berdaya tahan yang boleh memberikan sokongan lanjut kepada ringgit.

“Justeru, ringgit dijangka kekal pada sekitar RM4.08-RM4.09 berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) sebahagian besarnya tidak berubah, manakala peniaga dan pelabur menunggu data indeks harga pengguna (IHP) AS malam ini, selain itu DXY kini berada pada sekitar 99.72-99.89 mata.

Konsensus menganggarkan IHP AS pada 3.4 peratus, sedikit sederhana daripada angka IHP sebenar sebanyak 3.5 peratus pada bulan Jun.

Pada pembukaan, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5673/5709 daripada 2.5680/5703 ketika ditutup pada Selasa, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.7205/7269 daripada 4.7188/7228, dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.5241/5315 daripada 5.5238/5285 sebelumnya.

Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Unit tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 228.9/229.3 daripada 229.0/229.3 pada penutupan semalam, bagaimanapun menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.3356/3585 daripada 12.3323/3481 sebelum itu.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1952/1997 daripada 3.1930/1962 ketika ditutup pada Selasa dan berubah sedikit berbanding peso Filipina pada 6.67/6.69 daripada 6.68/6.69 sebelumnya. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.