Generasi muda boleh manfaatkan platform digital zahir patriotisme

Naib Canselor UPTM, Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh / Foto FB UPTM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Generasi muda boleh menzahirkan semangat patriotik melalui cara yang dekat dengan kehidupan mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Manfaatkan media sosial untuk menghasilkan kandungan kreatif berkaitan kemerdekaan dan keunikan Malaysia.
  • Bina kandungan berasaskan ilmu dan kreativiti untuk menyemai semangat patriotik.
  • Ekspresikan kecintaan kepada negara dengan cara yang betul dan bertanggungjawab.
  • Kandungan berkualiti membantu membentuk imej Malaysia sebagai negara aman, progresif dan berwibawa.

Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh berkata, ini termasuk memanfaatkan media sosial untuk menghasilkan kandungan kreatif berkait kemerdekaan dan keunikan Malaysia.

“Kerana kita rakyat Malaysia, kita mempunyai peluang pekerjaan yang baik, peluang pendidikan yang baik dan dapat hidup dalam sebuah negara yang aman, tidak seperti rakyat di negara-negara yang berkonflik.

“Jadi, perlulah kita zahirkan dengan cara betul-betul menyayangi negara kita,” katanya ketika ditemu bual RTM, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, kandungan yang dibina berasaskan ilmu dan kreativiti bukan sahaja mampu menyemai patriotisme, malah membantu membentuk imej Malaysia sebagai negara yang aman, progresif dan berkualiti.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.