
KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Tiga kawasan di Sabah dan Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) dalam status cuaca panas setakat 4 petang ini.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia mengesahkan status cuaca panas yang dikeluarkan.
- Kawasan terlibat ialah Sri Aman dan Kuching di Sarawak, serta Telupid di Sabah.
- Tahap 1 ditetapkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius direkodkan tiga hari berturut-turut.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), dua kawasan di Sarawak yang berada pada tahap berkenaan ialah Sri Aman dan Kuching, manakala Telupid di Sabah.
Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius direkodkan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.