
PUTRAJAYA, 10 Ogos – Malaysia kekal komited memperkukuh peranan ASEAN dalam memelihara keamanan dan kestabilan, memacu kemakmuran serta merapatkan hubungan antara rakyat di rantau tersebut.
- Sambutan Hari ASEAN Ke-59 di Kementerian Luar mengangkat tema "59 Years of Navigating Together".
- Sambutan mencerminkan hampir enam dekad usaha Malaysia bersama ASEAN membina kerjasama serantau yang lebih erat.
- ASEAN berpaksikan tiga tonggak Komuniti: Politik-Keselamatan, Ekonomi dan Sosio-Budaya, terus utuh mengharungi cabaran serantau dan global.
- Majlis disempurnakan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, dihadiri kira-kira 300 tetamu termasuk pemimpin, kor diplomatik, wakil antarabangsa dan media.
Komitmen itu ditegaskan sempena Sambutan Hari ASEAN Ke-59 di Kementerian Luar hari ini, yang mengangkat tema “59 Tahun Mengharungi Perjalanan Bersama”
Kementerian Luar memaklumkan, sambutan itu mencerminkan perjalanan hampir enam dekad Malaysia bersama ASEAN dalam membina kerjasama serantau yang lebih erat.
“Sejak ditubuhkan pada 1967, ASEAN terus berkembang sebagai pertubuhan serantau yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan serta memperkukuh hubungan antara negara anggota,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Berpaksikan tiga tonggak Komuniti ASEAN iaitu Politik-Keselamatan, Ekonomi dan Sosio-Budaya, pertubuhan itu kekal utuh dalam mendepani perubahan serta cabaran di peringkat serantau dan global.
Sambutan berkenaan turut menandakan kesinambungan usaha Malaysia bersama negara anggota lain dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat di rantau ini.
Majlis disempurnakan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan menghimpunkan kira-kira 300 tetamu terdiri daripada pemimpin serta pegawai kerajaan, anggota Kor Diplomatik, wakil pertubuhan antarabangsa dan pengamal media.