Ringgit dijangka kekal stabil menjelang akhir Ogos

Ringgit didagangkan dalam julat unjuran antara 4.07-4.10 berbanding dolar / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Ogos Ringgit diunjur kekal stabil menjelang akhir bulan ini susulan penyusutan semula dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Rizab Persekutuan (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Julai lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ringgit didagangkan dalam julat unjuran 4.07-4.10 berbanding dolar AS.
  • Ketegangan Asia Barat dan harga tenaga menyokong dolar, melemahkan mata wang ASEAN-5 apabila indeks dolar meningkat.
  • BNM dijangka mengekalkan OPR pada 2.75% berikutan inflasi asas terkawal dan pertumbuhan berdaya tahan; PPI perlu dipantau.

Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) dalam tinjauan ekonomi memaklumkan, unit tempatan itu meneruskan penurunan sejak Jun, dengan susut 0.3 peratus pada Julai kepada purata 4.08 berbanding dolar AS.

“Ringgit kebanyakannya didagangkan dalam julat unjuran kami antara 4.07-4.10 berbanding dolar AS.

“Ketegangan yang meningkat di Asia Barat dan harga tenaga yang lebih tinggi menyokong dolar AS, manakala data inflasi AS dan pasaran buruh yang lebih lemah mengurangkan jangkaan bahawa Fed akan meneruskan dasar monetari lebih agresif,”katanya.

Mengulas prestasi mata wang serantau, bank pelaburan itu menyatakan kesemua mata wang ASEAN-5 melemah berbanding dolar apabila indeks dolar AS meningkat kepada 100.9 pada Julai.

ASEAN-5 merujuk kepada lima negara ekonomi utama serantau merangkumi Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Baht Thailand mencatat penyusutan terbesar iaitu 1.8 peratus, diikuti peso Filipina (0.7 peratus), rupiah Indonesia (0.6 peratus), ringgit Malaysia (0.3 peratus) dan dolar Singapura (0.2 peratus).

Mengenai prospek dasar monetari, Kenanga IB menjangkakan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang tahun ini, susulan inflasi asas yang terkawal dan pertumbuhan ekonomi yang kekal berdaya tahan.

“Peningkatan Indeks Harga Pengeluar (PPI) perlu dipantau rapat sekiranya memberi kesan kepada Indeks Harga Pengguna (IHP), namun kami menjangkakan sebarang tekanan kos kekal terkawal.

“Melainkan wujud tekanan inflasi yang lebih meluas, BNM berkemungkinan bakal meneliti kejutan sementara yang didorong bekalan serta mengutamakan kestabilan dasar,”jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.