Lebih 1,000 penerbangan dibatalkan, penduduk dipindahkan persediaan hadapi Taufan Dolphin

Penerbangan masuk dan keluar dibatalkan / Foto AFP

BEIJING, 9 Ogos – Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tahap tinggi dengan melaksanakan pemindahan penduduk di pantai timur China, selain lebih 1,000 penerbangan dibatalkan sebagai persediaan menghadapi Taufan Dolphin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Taufan Dolphin dijangka melanda Zhejiang atau Fujian lewat hari ini atau awal Isnin.
  • CCTV lapor hampir 1,400 penerbangan masuk dan keluar dibatalkan di dua lapangan terbang utama.
  • Pusat Meteorologi Kebangsaan keluarkan amaran merah, ramal hujan lebat luar biasa di tengah dan timur Zhejiang.
  • Hampir 99,000 penduduk di Fujian dipindahkan sebagai persediaan awal.

CCTV melaporkan hampir 1,400 penerbangan masuk dan keluar di dua lapangan terbang utama telah dibatalkan pada Ahad.

“Lapangan terbang Hangzhou juga turut membatalkan 270 penerbangan masuk dan keluar,”menurut laporan berkenaan.

Taufan Dolphin yang membawa hujan lebat dan angin kencang ke Okinawa, Jepun sejak beberapa hari lepas dijangka melanda Zhejiang atau wilayah Fujian, lewat hari ini atau awal Isnin.

Di Taiwan, puluhan perkhidmatan feri digantung dan lebih 180 penerbangan dibatalkan apabila ribut membawa hujan lebat serta angin kencang melanda bahagian utara pulau itu pada Ahad.

Pusat Meteorologi Kebangsaan China (NMC) mengeluarkan amaran merah taufan pada pagi Ahad, dengan meramalkan “hujan lebat luar biasa” di beberapa kawasan melibatkan tengah dan timur Zhejiang.

Hujan lebat juga dijangka melanda Shanghai serta sebahagian wilayah Fujian, Anhui dan Jiangsu sehingga petang Isnin.

Di Fujian, hampir 99,000 individu telah dipindahkan dari kawasan berisiko pada petang Sabtu sebagai persediaan awal.

Taufan Dolphin dijangka berlaku dua minggu selepas Taufan Noul melanda wilayah Guangdong.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.