
KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Permohonan baharu atau penggantian teksi di bawah Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional adalah bersifat sukarela dan terhad kepada pembelian teksi model Proton S70 yang ditawarkan di bawah program berkenaan.
- Teksi sedia ada yang tidak ditukar dibenarkan beroperasi sehingga tamat had usia kenderaan.
- Pemandu digalakkan bertukar kepada Teksi MADANI untuk menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan.
- Pemohon yang sudah memiliki kenderaan atau gagal mendapat pembiayaan masih boleh melesen atau menukar kepada model lain.
- Program dilancarkan Perdana Menteri sebagai usaha menambah baik perkhidmatan teksi selaras pengumuman Belanjawan 2026.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan bagi teksi sedia ada yang tidak ditukar masih dibenarkan beroperasi sehingga tamat had usia kenderaan.
“Pemandu teksi digalakkan bertukar kepada Teksi MADANI untuk menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan,” menurut APAD menerusi kenyataan.
Bagaimanapun, pemohon yang sudah mempunyai kenderaan sedia ada atau tidak berjaya mendapatkan pembiayaan pinjaman sewa beli, masih dibenarkan untuk melesen atau menukar kenderaan kepada model selain Proton S70.
Pada 3 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional sebagai usaha menambah baik perkhidmatan teksi di negara ini selaras dengan pengumuman Belanjawan 2026.