Lima pegawai kanan polis KL naik pangkat, perkukuh kepimpinan pasukan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur menerima kenaikan pangkat dan pelantikan baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • SAC Sazalee Adam dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.
  • SAC Basri dilantik Ketua Penolong Pengarah D7 JSJ Bukit Aman; SAC Zulkarnain Ketua JSJ Selangor; SAC Haslah Ketua Penolong Pengarah Risikan/Operasi JIPS.
  • Ketua Polis Kuala Lumpur menegaskan kenaikan pangkat sebagai pengiktirafan dan amanah besar, memperkukuh kesinambungan kepimpinan serta keupayaan PDRM.

Senior Asisten Komisioner (SAC) Sazalee Adam dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi adalah antara lima pegawai kanan yang menerima kenaikan pangkat daripada Asisten Komisioner (ACP) kepada SAC.

Turut menerima kenaikan pangkat ialah SAC Basri Sagoni, SAC Zulkarnain Samsudin, SAC Haslah Bachok dan SAC Kamaruzaman Md. Alib.

SAC Basri kini dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan JSJ Bukit Aman dan SAC Zulkarnain sebagai Ketua JSJ Selangor.

Manakala SAC Haslah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Sementara itu, ACP Kee Hang Kee dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, manakala ACP Saefuddin @ Mohd Fitri Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas (Risikan Operasi) Kuala Lumpur.

Majlis Pemakaian Pangkat serta Serah Terima Tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Majlis tersebut disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, yang menegaskan bahawa kenaikan pangkat bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi dan dedikasi, malah merupakan amanah yang lebih besar untuk dipikul dengan penuh integriti.

“Pertukaran jawatan adalah proses penting bagi memastikan kesinambungan kepimpinan serta memperkukuh keupayaan organisasi.

Langkah itu membolehkan PDRM terus berkembang menerusi perkongsian idea, pengalaman dan pendekatan baharu tanpa menjejaskan kelangsungan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” tegasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.