55 Tahun ABIM: Perjalanan perjuangan berteraskan jati diri harakah Islamiah – PM

Foto FB ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memainkan peranan besar sebagai pelanjut perjuangan mahasiswa dan gerakan dakwah yang berteraskan jati diri harakah Islamiah sejak penubuhannya pada 6 Ogos 1971.

RINGKASAN BERITA AI
  • Garisan perjuangan ABIM dibina atas pengorbanan, adab, akhlak dan kepercayaan.
  • Dakwah ABIM bukan sekadar mimbar tetapi denyut yang menyantuni mustadh'afin, mendidik generasi dan mengangkat martabat umat.
  • Ucapan harapan supaya ABIM terus istiqamah berbakti kepada masyarakat, menjadi pohon berakar teguh dan menaungi umat.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Datuk Seri Anwar berkata sepanjang 55 tahun penubuhannya, ABIM bukan sekadar mencatat perjalanan usia, sebaliknya garisan perjuangan yang dibina atas pengorbanan, adab, akhlak dan kepercayaan.

“Suara dakwah bukan sekadar suara di mimbar tetapi denyut yang menghidupkan umat, menyantuni mustadh’afin, mendidik generasi, mengangkat martabat insan dan menyalakan obor perjuangan di tengah zaman yang sering gelap oleh kekeliruan,” ujarnya.

Datuk Seri Anwar yang juga bekas Presiden ABIM turut menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun ke-55 kepada ABIM serta berharap pertubuhan itu terus istiqamah berbakti kepada masyarakat.

“Semoga pada usia ke-55 ini, ABIM terus menjadi pohon yang akarnya teguh mencengkam nilai, akarnya kukuh menahan badai dan dahannya terus rendang menaungi umat. Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-55 ABIM,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.