MDR 1% wajar, tampung kos operasi program SARA

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah menjawab soalan pada persidangan Dewan Negara – Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kutipan Kadar Diskaun Peniaga (MDR) sebanyak satu peratus yang dikenakan kepada rakan niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) wajar bagi menampung kos operasi pelaksanaan program itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kutipan memastikan integriti, keselamatan data dan kelancaran pelaksanaan Program SARA di seluruh negara.
  • Yayasan MyKasih guna kutipan untuk kos pembangunan dan penyelenggaraan sistem pangkalan data serta integrasi dan sokongan sistem point of sale.
  • Kutipan menampung kos peralatan pengimbas, sambungan rangkaian, pembayaran sim dan bahan guna habis seperti kertas resit.
  • Kerajaan akan menilai semula kadar dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak membebankan peniaga kecil.

Sekali gus, memastikan integriti, keselamatan data dan kelancaran pelaksanaan program SARA secara berterusan di seluruh negara.

Jelas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, kadar MDR yang dikenakan selaras dengan amalan pasaran bagi transaksi tanpa tunai serta tidak memberikan beban yang tidak munasabah kepada peniaga.

Bagaimanapun, kerajaan akan terus menilai dan menyemak kadar tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak membebankan, khususnya peniaga kecil.

“Kutipan MDR tersebut digunakan semula oleh Yayasan MyKasih bagi menampung kos operasi pelaksanaan SARA antaranya kos pembangunan dan penyelenggaraan sistem pangkalan data, kos integrasi dan sokongan sistem point of sale, kos peralatan pengimbas, kos sambungan rangkaian dan pembayaran sim atau data komunikasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, kutipan MDR itu turut digunakan untuk menampung kos bahan guna habis seperti kertas resit dan penyelenggaraan peralatan.

Selain, kos sumber manusia yang meliputi latihan kepada rakan niaga, sokongan teknikal, pemantauan transaksi, pengurusan aduan serta langkah kawalan dan audit.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan mengenai cadangan mengkaji semula kadar MDR satu peratus bagi rakan niaga SARA di Dewan Negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.