
ALGIERS, 31 Julai – Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala 44 lagi cedera selepas sebuah bas dinaiki penumpang terbalik di wilayah Boumerdes, Algeria pada Jumaat.
RINGKASAN BERITA AI
- Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
- Perdana Menteri Sifi Ghrieb tiba di hospital universiti untuk meninjau keadaan mangsa.
- Punca nahas masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.
- Laporan kejadian disiarkan oleh agensi berita antarabangsa REUTERS.
Agensi Perlindungan Awam Algeria memaklumkan semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
Sementara itu, stesen televisyen Ennahar TV melaporkan Perdana Menteri Algeria, Sifi Ghrieb, tiba di Hospital Universiti Boumerdes bagi meninjau keadaan mangsa yang menerima rawatan.
Punca nahas masih dalam siasatan pihak berkuasa.- REUTERS