Langit bertukar jingga akibat kebakaran hutan di Madrid

Kebakaran hutan di Madrid menjadikan langit di kampung berhampiran diselubungi warna jingga/ AFP

MADRID, 25 Julai- Langit di kampung Zarzalejo berhampiran Madrid bertukar jingga akibat kepulan asap ketika Sepanyol berdepan kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah wilayah ibu negaranya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk diarahkan berpindah sementara pasukan penyelamat berusaha memadam kebakaran yang semakin merebak.
  • Lebih kurang 40,000 penduduk di wilayah Madrid diarahkan meninggalkan rumah atau tinggal di rumah untuk keselamatan mereka.
  • Sepanyol mengisytiharkan darurat kebangsaan di Madrid dan Avila selepas beberapa kebakaran gagal dikawal.
  • Keadaan kemarau dan gelombang haba meningkatkan risiko kebakaran hutan dan menyukarkan usaha pemadaman.

Penduduk di kawasan itu antara yang diarahkan berpindah ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus memadam kebakaran yang semakin merebak.

Pihak berkuasa memaklumkan kira-kira 40,000 penduduk di wilayah Madrid diarahkan meninggalkan kediaman atau kekal berada di rumah bagi memastikan keselamatan mereka.

Sepanyol mengisytiharkan darurat kebangsaan di wilayah Madrid dan Avila pada 23 Julai selepas beberapa kebakaran hutan gagal dikawal, dengan keadaan kemarau dan cuaca panas meningkatkan risiko kebakaran. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.