Remaja maut dipercayai terjatuh dari tingkat 68 Komtar

Pegawai Kanan Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang Jamil Abdullah @ Othman

GEORGE TOWN, 24 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 68 Bangunan KOMTAR, di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat ditemui di atas bumbung podium setinggi lima tingkat, menurut JBPM.
  • Pihak bomba menemui tiket masuk Skywalk dan pas pergelangan tangan pada mangsa.
  • Operasi membawa turun terjejas akibat bumbung podium licin selepas hujan.
  • Mangsa dibawa turun menggunakan teknik tali dan pengusung, disahkan meninggal oleh KKM, mayat diserahkan kepada PDRM.

Pegawai Kanan Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang Jamil Abdullah @ Othman berkata, mangsa ditemukan maut di atas bumbung podium setinggi lima tingkat dalam kejadian kira-kira pukul 4.00 petang itu.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai seorang pelajar berusia 18 tahun, Tan Tze Kim, yang berasal dari kawasan Lebuh Macallum. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 68 Bangunan KOMTAR.

“Ketika ditemukan, pihak kami turut menjumpai tiket masuk ke Skywalk serta pas masuk yang masih dipakai pada pergelangan tangannya. Selebihnya, siasatan diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Pemeriksaan awal di lokasi turut menemukan tiket masuk serta pas pergelangan tangan bagi mengakses kawasan Skywalk di tingkat atas bangunan berkenaan.

Operasi membawa turun mangsa berdepan cabaran berikutan keadaan bumbung podium yang licin selepas hujan.

Mangsa berjaya dibawa turun menggunakan teknik tali dan pengusung (stretcher) sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk siasatan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.