Kebajikan ATM terus diperkasa, perkukuh khidmat terbaik

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PORT DICKSON, 24 Julai – Kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diberi perhatian termasuk aspek kediaman bagi memastikan warga pertahanan dan keluarga menikmati kemudahan tempat tinggal lebih selesa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memberi peruntukan besar untuk pembaikan dan pembangunan perumahan ATM bagi memperkukuh kebajikan anggota dan kualiti perkhidmatan.
  • Bagi tahun 2026, peruntukan khas sebanyak RM840 juta disediakan untuk perumahan anggota.
  • Projek RKAT di Kem Syed Sirajuddin, Gemas melibatkan kira-kira 1,300 unit baharu dijangka siap tahun depan.
  • Perhatian juga diberikan kepada penyelenggaraan kemudahan lain termasuk institusi dan kemudahan keagamaan di bawah ATM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menyediakan peruntukan besar tahun ini bagi melaksanakan kerja pembaikan dan pembangunan perumahan ATM, selaras dengan usaha memperkukuh kebajikan anggota agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam mempertahankan keselamatan negara.

“Sebab itu saya telah memberikan arahan dan kelulusan. Hari ini saya tidak boleh mengumumkan sebarang kelulusan baharu kerana kebetulan Negeri Sembilan sedang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Namun, saya hanya memaklumkan mengenai perkara yang telah dilaksanakan. Bagi tahun 2026, sebanyak RM840 juta diperuntukkan khusus untuk perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Program Semarak Kenegaraan yang turut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, antara projek diberi perhatian ialah pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang melibatkan kira-kira 1,300 unit baharu dan dijangka siap tahun depan.

Selain itu perhatian turut diberikan kepada penyelenggaraan kemudahan lain, termasuk institusi serta kemudahan keagamaan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.