Cadangan Laporan Govtech disaran dilaksana segera

Setiap kementerian dan agensi perlu memanfaatkan sepenuhnya dapatan laporan

PUTRAJAYA, 22 Julai – Ketua Setiausaha, ketua jabatan serta pemimpin agensi disaran melaksanakan segera cadangan yang dikemukakan menerusi Laporan Utama GovTech Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembaharuan sektor awam mesti nyata, terukur dan memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.
  • Dapatan laporan hendaklah dimanfaatkan penuh dan diterjemahkan kepada tindakan oleh pimpinan kementerian dan agensi.
  • Teknologi mesti digunakan untuk meningkatkan produktiviti dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan, bukan semata-mata untuk kemajuan teknologi.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan pembaharuan sektor awam perlu dapat dilihat, diukur dan memberi impak kepada rakyat.

“Setiap kementerian dan agensi perlu memanfaatkan sepenuhnya dapatan laporan berkenaan dengan perbincangan bersama pasukan kepimpinan serta menterjemahkan cadangan untuk tindakan segera.

“Teknologi juga perlu digunakan untuk meningkatkan produktiviti dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan, bukan dilaksana semata-mata untuk kemajuan teknologi,”katanya ketika berucap pada pelancaran Laporan Utama GovTech Malaysia.

Beliau dalam masa sama turut menyatakan sejarah tidak akan menilai kerajaan berdasarkan angka sistem digital yang dibangunkan, tetapi sama ada kehidupan rakyat menjadi bertambah baik hasil daripada keputusan yang dibuat hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.