JDT belasah CD Contestano 8-0

Foto FB JOHOR Southern Tigers

ALICANTE, 21 Julai – Johor Darul Takzim (JDT) membelasah kelab Liga Primera FFCV dari Sepanyol, CD Contestano, 8-0 dalam aksi persahabatan pramusim di Pusat Bolasepak Villaitana, Alicante, Sepanyol, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bergson Da Silva menjaringkan dua gol awal pada minit ke-14 dan 17, diikuti Ager Aketxe dan Stuart Wilkin.
  • Manuel Hidalgo menjaringkan dua gol pada minit ke-43 dan 57, sementara Matthew Davies menambah gol pada minit ke-46.
  • Perlawanan ini adalah ketiga di Sepanyol selepas seri 2-2 dengan Rangers dan tewas 2-3 kepada Al Ettifaq, menjalani sembilan perlawanan persahabatan.

Pesta gol dimulakan oleh penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson Da Silva pada minit ke-14 dan 17, diikuti Ager Aketxe, pada minit 25, dan Stuart Wilkin pada minit ke-37.

Separuh masa kedua pula menyaksikan Manuel Hidalgo menjaringkan dua gol pada minit ke-43 dan 57, dan Matthew Davies pada minit ke 46.

Gol Miquel Cuesta dipenghujung perlawanan mengesahkan kemenangan besar JDT.

Perlawanan berkenaan adalah yang ketiga JDT bagi kem latihan pramusim di Sepanyol selepas terikat 2-2 dengan kelab Scotland, Rangers dan tewas 2-3 kepada kelab Arab Saudi, Al Ettifaq.

Skuad Harimau Selatan mengharungi sembilan aksi persahabatan sepanjang kem latihan pramusim ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.