
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran data peribadi pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang tular di media sosial.
- MCMC akan mendapatkan laporan penuh mengenai dakwaan kebocoran data peribadi Khairul Aming yang tular di media sosial.
- Dakwaan menimbulkan kebimbangan akses tidak sepatutnya kepada maklumat peribadi dan sistem inventori syarikat telekomunikasi menurut Menteri Fahmi Fadzil.
- Orang ramai diminta membuat laporan terus kepada MCMC jika melihat insiden serupa supaya tindakan susulan boleh diambil.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan, dakwaan berkenaan telah menimbulkan kebimbangan yang memberi gambaran terdapat individu tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat peribadi serta sistem inventori milik sebuah syarikat telekomunikasi.
“MCMC diminta mendapatkan laporan penuh dan sekiranya ada mana-mana pihak yang melihat insiden yang serupa dengan ini, sila membuat laporan terus kepada MCMC agar tindakan susulan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan maklumat,”katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026.
Beliau turut mengingatkan penyebaran Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) tanpa kebenaran merupakan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi dan tindakan boleh diambil terhadap pihak terlibat.