KPM sedia teliti semula garis panduan pemindahan sekolah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Julai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia meneliti semula garis panduan pemindahan sekolah sekiranya terdapat keperluan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertimbangan pemindahan termasuk aspek lokasi, demografi dan keperluan pendidikan semasa.
  • Komitmen memastikan semua jenis sekolah diberi perhatian sewajarnya untuk menjamin akses pendidikan berkualiti kepada setiap murid.
  • Isu SJKT melibatkan komuniti; sesi libat urus penting dan telah membantu proses pemindahan berdasarkan keperluan lokasi dan demografi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia termasuk mengambil kira aspek lokasi, demografi dan keperluan pendidikan semasa.

Beliau komited memastikan semua jenis sekolah diberi perhatian sewajarnya demi menjamin akses pendidikan yang berkualiti kepada setiap murid.

“Isu-isu SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) ini juga melibatkan soal komuniti. Sebab itu, sesi libat urus dengan komuniti sangat penting.

“Jadi, pendekatan kita selain menyediakan garis panduan, mesti juga melibatkan sesi libat urus.

“Kebanyakan sesi libat urus ini telah berjaya membantu proses pemindahan sekolah berdasarkan lokasi, keperluan demografi serta kehendak dan tuntutan pendidikan yang lebih besar.

“Kita berjaya memindahkan beberapa sekolah ini berdasarkan proses-proses tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Senator, Dr. RA Lingeshwaran pada persidangan Dewan Negara di Parlimen di sini.

Senator Dr. RA Lingeshwaran memaklumkan sebelum ini SJKT mengalami kesukaran untuk berpindah ke lokaliti yang mempunyai permintaan lebih tinggi susulan kekurangan murid di sekolah berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.