Tuchel akui kelebihan Argentina, mahu England bangkit

Thomas Tuchel, Pengurus England / REUTERS

ATLANTA, 16 Julai– Pengurus England, Thomas Tuchel mengakui Argentina lebih layak mara ke final Piala Dunia FIFA 2026 selepas bangkit menewaskan pasukannya 2-1 pada aksi separuh akhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • England menguasai permainan pada babak pertama dan wajar mendahului.
  • Argentina tampil lebih baik selepas berjaya menyamakan kedudukan.
  • Tuchel menghormati pencapaian lawan dan menerima keputusan perlawanan.
  • Beliau pertahankan pertukaran pemain, terima kritikan dan pikul tanggungjawab.

Menurut beliau, England menguasai permainan pada babak pertama dan wajar mendahului, namun Argentina tampil lebih baik selepas berjaya menyamakan kedudukan.

“Jika melihat 55 minit pertama, kami layak mendahului 1-0. Namun selepas itu, Argentina berhak memperoleh kemenangan.

Kami menghormati pencapaian mereka dan perlu menerima keputusan ini,” katanya.

Tuchel berkata, kekalahan itu amat menyakitkan, namun pemainnya telah memberikan segala-galanya sepanjang perlawanan.

Dalam pada itu, beliau turut mempertahankan keputusan pertukaran pemain yang dibuat sepanjang perlawanan, sambil mengakui kritikan adalah lumrah apabila sesebuah pasukan tewas.

“Saya bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat. Apabila kalah, kritikan pasti akan datang dan saya menerimanya,” ujar beliau. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.