Perkhidmatan kutipan sampah di Perlis giat ditambah baik

Foto RTM

KANGAR, 15 Julai -Perkhidmatan kutipan sampah dalam kawasan seliaan syarikat pengendali pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, E-Idaman Sdn Bhd kini dalam proses penambahbaikan sejak 1 Julai 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perubahan jadual kutipan melibatkan 300 daripada 500 kawasan seluruh Perlis, disusun mengikut zon untuk melancarkan proses.
  • Kesemua 300 kawasan akan mengalami gangguan perkhidmatan sepanjang bulan ini dan dijangka kembali beroperasi seperti biasa pada Ogos.
  • Jadual baharu: kutipan sisa domestik dua kali seminggu; sisa kitar semula, pukal dan kebun sekali seminggu.

Ketua Jabatan Perancangan dan Operasi E-Idaman Sdn Bhd, Mohd Fadzly Ariffin berkata, proses penambahbaikan itu melibatkan perubahan jadual kutipan sampah domestik dan sampah pukal merangkumi sebanyak 300 daripada 500 keseluruhan kawasan di seluruh Perlis.

Susulan itu katanya, kesemua 300 kawasan tersebut akan mengalami gangguan perkhidmatan sepanjang bulan ini, dan dijangka kembali beroperasi seperti biasa bermula Ogos depan.

“Kita sedang menyusun jadual perkhidmatan ikut zon yang ditetapkan dalam usaha melancarkan lagi proses dan jadual kutipan sampah sekali gus mengurangkan jumlah aduan berkaitan kutipan sampah.

“Sebarang pertanyaan mengenai isu tersebut, boleh merujuk Idaman.com atau menghubungi talian Indahkan Malaysia Kamilah menerusi 1-800-88-7472,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi tinjauan perkhidmatan kutipan sampah sekitar Kangar, hari ini.

E-Idaman Shd Bhd menguatkuasakan jadual kutipan iaitu dua kali seminggu kutipan bagi sisa domestik, manakala kutipan sisa kitar semula, pukal dan kebun akan dilakukan sebanyak sekali seminggu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.