Sultan Selangor terima menghadap Presiden Singapura

Foto BERNAMA

KLANG, 14 Julai – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketibaan Presiden Tharman disambut Raja Muda Tengku Amir Shah.
  • Steven Sim Chee Keong hadir sebagai Menteri Pengiring bagi lawatan rasmi.
  • Sesi mengadap berlangsung kira-kira satu jam setengah, berakhir dalam suasana penuh mesra.
  • Lawatan rasmi 13 hingga 15 Julai, lawatan pertama sejak sumpah, menurut Kementerian Luar simbolik balasan dan memperkukuh kerjasama dua hala.

Ketibaan Presiden Tharman pada pukul 11.00 pagi disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong yang bertindak sebagai menteri pengiring sempena lawatan rasmi berkenaan.

Sesi menghadap yang berlangsung kira-kira satu jam setengah itu berakhir pada pukul 12.40 tengah hari dalam suasana penuh mesra, mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara.

Lawatan Presiden Tharman ke Malaysia dari 13 hingga 15 Julai ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau sejak mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura pada September 2023.

Menurut Kementerian Luar, lawatan tersebut turut menjadi simbolik balasan kepada Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Singapura pada 6 dan 7 Mei 2024, sekali gus memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.