SSM salur RM220,000 Wakalah Zakat Korporat kepada pelajar UiTM

Foto SSM

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyalurkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM220,000 kepada 200 pelajar asnaf fakir dan miskin Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuan sumbangan memastikan tunggakan yuran pelajar asnaf dilunaskan serta meringankan beban kewangan mereka.
  • Inisiatif itu mencerminkan komitmen SSM selaras aspirasi Malaysia MADANI dan menyokong kelangsungan pendidikan serta peluang kerjaya pelajar asnaf.
  • Sehingga 30 Jun 2026, SSM mengagihkan lebih RM4.6 juta Wakalah Zakat Korporat kepada 6,096 penerima; CSR turut menyalurkan lebih RM430,000 kepada 907 penerima.

Ia bertujuan membantu melunaskan tunggakan yuran pengajian serta meringankan beban kewangan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen SSM dalam membantu golongan memerlukan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Di samping menyokong kelangsungan pendidikan pelajar asnaf agar dapat menamatkan pengajian dan meningkatkan peluang kerjaya,” katanya menerusi kenyataan.

Sumbangan menerusi Program Dermasiswa SSM itu disampaikan Datuk Nor Azimah kepada Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) UiTM, Profesor Dr. Amer Shakir Zainol.

Sehingga 30 Jun 2026, SSM telah mengagihkan lebih RM4.6 juta Wakalah Zakat Korporat kepada 6,096 penerima asnaf di seluruh negara.

Dalam tempoh sama, lebih RM430,000 turut disalurkan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada 907 penerima yang memerlukan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.