
GAZA CITY, 12 Julai – Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan dron dan tembakan tentera Israel di Gaza, menurut agensi pertahanan awam dan pihak hospital, hari ini.
- Dron menyerang sebuah bengkel logam di selatan Gaza, mengakibatkan empat maut dan beberapa cedera.
- Tentera Israel mengesahkan serangan itu, mendakwa menyasarkan "infrastruktur pengganas" tanpa butiran lanjut.
- Seorang kanak-kanak perempuan maut terkena tembakan mesingan di Kem Pelarian Al-Bureij; mayat dibawa ke Hospital Syuhada Al-Aqsa.
- Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa, keganasan berterusan dan usaha mencapai perjanjian damai masih menemui jalan buntu.
Empat mangsa dilaporkan maut apabila sebuah dron tentera rejim menyerang sebuah bengkel logam di selatan Gaza, manakala beberapa lagi cedera dalam kejadian itu.
Hospital Al-Shifa mengesahkan menerima empat mayat mangsa.
Tentera Israel mengesahkan serangan berkenaan dengan mendakwa ia menyasarkan “infrastruktur pengganas”, namun tidak memberikan butiran lanjut.
Dalam insiden berasingan, seorang kanak-kanak perempuan maut akibat tembakan mesingan tentera Israel di Kem Pelarian Al-Bureij, di tengah Gaza.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Syuhada Al-Aqsa.
Walaupun gencatan senjata antara Israel dengan Hamas masih berkuat kuasa, keganasan di Gaza berterusan, manakala usaha mencapai perjanjian damai yang berkekalan masih menemui jalan buntu.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 1,098 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober tahun lalu.-AFP