Peluang terakhir syarikat projek tambak laut, peroleh kelulusan EIA

Projek tidak diteruskan sekiranya syarikat terbabit masih gagal memperoleh kelulusan dalam tempoh ditetapkan

BUKIT MERTAJAM, 12 Julai  – Kerajaan Pulau Pinang memberi peluang terakhir terhadap syarikat yang terlibat dalam cadangan projek tambakan laut di Persiaran Karpal Singh untuk memperoleh kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Menteri Chow Kon Yeow: projek tidak akan diteruskan jika syarikat gagal peroleh kelulusan dalam tempoh ditetapkan.
  • Kerajaan negeri pernah memberi lima lanjutan masa untuk memenuhi syarat Jabatan Alam Sekitar dan keperluan tambahan.
  • Perkara itu dinyatakan selepas perasmian Program Jelajah CM Chow Bersama Komuniti Ibu Tunggal di Bukit Tengah.
  • Projek rehabilitasi penambakan laut di Karpal Singh Drive sebelum ini berdepan isu kelulusan EIA.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menegaskan projek berkenaan tidak akan diteruskan, sekiranya syarikat terbabit masih gagal memperoleh kelulusan dalam tempoh ditetapkan.

“Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi lima kali lanjutan tempoh kepada syarikat terbabit, bagi memenuhi syarat-syarat Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang turut melibatkan beberapa keperluan tambahan dari semasa ke semasa,”katanya selepas merasmikan Program Jelajah CM Chow Bersama Komuniti Ibu Tunggal di Masjid Jamek Kebun Sireh di Bukit Tengah.

Turut hadir; Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim.

Projek rehabilitasi penambakan laut di Persiaran Karpal Singh, sebelum ini berdepan isu kelulusan EIA.