Edisi kedua LSBK tampil format ala NBA

Pengasas LSBK, Tengku Muhammad Amir Tengku Abu Bakar / RTM

CYBERJAYA, 12 Julai – Seramai 69 bakat baharu sedia memperkuatkan lapan pasukan bertanding selepas dipilih secara teliti menerusi majlis Hari Draf Liga Super Bola Keranjang 2026 bagi saingan musim 2025/2026 yang dijadualkan membuka tirai, Ogos ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Edisi kedua LSBK tampil dengan struktur liga lebih sistematik menyerupai format NBA.
  • Proses pemilihan melalui perlawanan terbuka memastikan pemain dinilai teliti sebelum dipilih.
  • Sistem penarafan bintang dan 'star-cap' diwujudkan untuk mengekalkan persaingan seimbang.
  • Liga bergerak kepada model francais dengan visi pengembangan negeri dan pengurusan profesional.

Pengasas LSBK, Tengku Muhammad Amir Tengku Abu Bakar berkata, edisi kali kedua menampilkan kelainan dengan struktur liga yang lebih sistematik, menyerupai format yang digunapakai oleh National Basketball Association (NBA) di Amerika Syarikat.

Pengasas LSBK, Tengku Muhammad Amir Tengku Abu Bakar berkata, edisi kali ini menampilkan kelainan dengan struktur liga yang lebih sistematik, menyerupai format yang digunapakai oleh National Basketball Association (NBA) di Amerika Syarikat.

Menurut beliau, proses pemilihan pemain dilakukan secara teliti melalui sesi perlawanan terbuka bagi memastikan setiap pasukan dapat membentuk skuad yang mantap.

“Setiap pemain akan dinilai berdasarkan sistem ranking bintang, di mana pemain terbaik akan mendapat penarafan lima bintang.

“Setiap pasukan pula tertakluk kepada ‘star-cap’ atau jumlah had bintang yang ditetapkan bagi memastikan persaingan yang seimbang,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Draf Liga Super Bola Keranjang 2026 di sini.

Mengulas mengenai perkembangan liga, Tengku Muhammad Amir memaklumkan terdapat pertambahan dua pasukan baharu bagi musim ini iaitu Johor Bahru Sabertooth dan Kota Kinabalu Troopers, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak lapan pasukan berbanding enam pada edisi sulung.

“Visi jangka panjang kami adalah untuk melihat penyertaan sehingga 15 buah pasukan, di mana setiap negeri akan diwakili oleh satu kelab sahaja.

“Buat masa ini, semua pasukan diuruskan di bawah model francais milik liga dengan pelantikan pengurus serta jurulatih yang komited,” tambahnya lagi.

Saingan LSBK musim 2025/2026 dijadualkan bermula pada penghujung Ogos ini hingga Januari 2027 di One & One Sports Arena, Shah Alam.

Untuk rekod, pasukan Melaka City Venom merupakan juara bagi edisi pertama liga berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.