Korban gempa bumi kuat Venezuela melepasi 4,300

Pasukan mencari dan menyelamat mengatur strategi untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap bawah runtuhan – Foto AFP

CARACAS, 12 Julai – Angka korban dua gempa bumi kuat di Venezuela kini melepasi 4,300.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa 24 Jun magnitud 7.2 dan 7.5 melanda Caracas dan La Guaira, menyebabkan beberapa blok apartmen runtuh.
  • Kem penempatan didirikan di stadium, dataran awam dan kaki lima untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal.
  • Lebih 19,000 orang kini tinggal di kem-kem berkenaan, menurut Rodriguez.
  • Sukarelawan tempatan dan antarabangsa menyediakan rawatan perubatan dan mengagihkan bekalan makanan di khemah-khemah.

Presiden Perhimpunan Kebangsaan, Jorge Rodriguez memaklumkan, jumlah kematian meningkat kepada 4,333 orang berbanding 4,118 orang pada Jumaat.

Pada 24 Jun lepas, dua gempa bermagnitud 7.2 dan 7.5 melanda Caracas dan La Guaira, menyebabkan beberapa blok apartmen runtuh.

Kem penempatan untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal mula didirikan di stadium, dataran awam dan kaki lima.

“Lebih 19,000 orang tinggal di kem-kem berkenaan,” kata Rodriguez.

Sukarelawan dari Venezuela dan luar negara menyediakan rawatan perubatan di khemah-khemah yang didirikan di kawasan terbuka serta mengagihkan bekalan makanan.

Rodriguez bagaimanapun tidak menyatakan jumlah individu yang masih belum ditemukan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.