Polis buru lelaki larikan sebuah kereta ketika uji pandu

Foto hiasan

SHAH ALAM, 11 Julai – Seorang lelaki berputih mata selepas kereta yang mahu dijualnya dilarikan ketika berurusan di sebuah kedai menjual kereta terpakai di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek menghubungi mangsa, menyatakan minat membeli dan hadir ke premis kira-kira 8.30 malam.
  • Suspek minta uji pandu, mendakwa akan membayar tunai RM30,000 jika berminat.
  • Pada mulanya mangsa enggan benarkan uji pandu, suspek berjanji akan membeli dan tukar hak milik.
  • Polis giat mengesan suspek, kes disiasat mengikut Seksyen 392. Orang ramai hubungi ASP Md Anuar 019-2255 597.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Sarudin Samah dalam kenyataan memaklumkan, ketika kejadian suspek lelaki warga tempatan menghubungi mangsa dan menyatakan minat untuk membeli kenderaan berkenaan, dan telah hadir ke premis terbabit pada kira-kira 8.30 malam.

“Suspek kemudiannya meminta daripada pengadu untuk cuba pandu kereta tersebut, dengan alasan berminat membelinya dengan bayaran tunai sebanyak RM30,000.

“Pada mulanya mangsa enggan membenarkan suspek untuk mencuba pandu uji kereta, tetapi suspek telah memberitahu akan membeli serta terus tukar hak milik sekiranya berpuas hati dengan kereta tersebut,” menurut kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun pihaknya kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat menhikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Penolong Penguasa Polis (ASP) Md Anuar Md Amilah menerusi talian 019-2255 597.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.