Hanya tinggal rangka, ibu Palestin peluk sisa jasad anak di Gaza

Foto Reuters

GAZA, 10 Julai- Seorang ibu warga Palestin hanya mampu memeluk dan mencium rangka anak lelakinya yang ditemukan sembilan hari selepas maut dalam serangan Israel di kawasan garisan kuning, timur Deir al-Balah, Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anak terkorban; jenazah gagal dibawa keluar kerana pasukan perubatan dan pertahanan awam tidak dibenarkan menghampiri lokasi.
  • Usaha mendapatkan jasad terhalang oleh tembakan kereta kebal dan serangan berterusan.
  • Selepas masuk kawasan, hanya tinggal rangka; sisa dibalut kain kafan untuk pengebumian.

Umm Muhammad Abu Hamash berkata anaknya, Muhammad Abu Hamash terkorban dalam serangan Israel dan jenazahnya gagal dibawa keluar selepas pasukan perubatan serta pertahanan awam tidak dibenarkan menghampiri lokasi berkenaan.

Menurutnya, beberapa usaha untuk mendapatkan semula jasad anaknya terhalang akibat tembakan kereta kebal dan serangan oleh zionos berterusan di kawasan terbabit.

Beliau berkata rayuan kepada pihak berkuasa, pasukan perubatan, anggota pertahanan awam serta Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) selama beberapa hari juga tidak berhasil.

Foto Reuters

Selepas berjaya memasuki kawasan itu, beliau mendapati hanya tinggal rangka anaknya sebelum sisa jasad berkenaan dibalut dengan kain kafan untuk urusan pengebumian

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, pelanggaran gencatan senjata oleh Israel sejak ia berkuat kuasa mengorbankan 1,045 rakyat Palestin dan mencederakan 3,380 yang lain, kebanyakannya wanita serta kanak-kanak.

Sejak 8 Oktober 2023, lebih 73,000 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh manakala lebih 173,000 lagi cedera di Gaza, dengan kira-kira 90 peratus infrastruktur awam di wilayah itu musnah. -Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.