
BALIK PULAU, 10 Julai – Lebih 300 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran bersempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib yang berlangsung di Masjid Daerah Barat Daya, di sini, malam tadi.
- Tun Ramli tiba bersama isteri pada pukul 7:30 malam dan disambut oleh kepimpinan negeri serta tetamu kehormat.
- Hadir Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
- Hadirin menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah diikuti jamuan makan malam dalam suasana kesyukuran.
- Majlis menjadi platform mengeratkan silaturahim antara kepimpinan negeri dan masyarakat; program berakhir pada pukul 10 malam dengan keberangkatan pulang Tun Ramli.
Tun Ramli bersama isteri, Toh Puan Noora Ashikin Raja Abdullah tiba pukul 7:30 malam dan disambut oleh barisan kepimpinan negeri serta tetamu kehormat.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
Hadirin menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah sebelum menikmati jamuan makan malam dalam suasana penuh kesyukuran.
Majlis ini merupakan platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri dan masyarakat.
Program berakhir pada pukul 10 malam dengan keberangkatan pulang Tun Ramli bersama Toh Puan Noora Ashikin.