80 peratus anggota JBPM Perak siap siaga hadapi El Nino

Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon / Foto RTM

IPOH, 9 Julai – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengekalkan 80 peratus anggotanya bertugas sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi fenomena El
Nino dan cuaca panas ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Baki 20 peratus anggota dibenarkan bercuti kerana keadaan masih terkawal.
  • Penekanan pada kesiapsiagaan peralatan dan jentera supaya sentiasa dalam kondisi baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
  • Tiada penambahan anggota atau peminjaman aset dari negeri lain kerana kekuatan sedia ada mencukupi.

Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, baki 20 peratus anggota lagi dibenarkan bercuti berikutan keadaan semasa masih terkawal.

“Kita memberi fokus dalam mempersiapkanaspek kesiapsiagaan peralatan dan jentera agar dalam kondisi yang baik, serta boleh digunakan pada bila-bila masa,” katanya

Tambah beliau, setakat ini JBPM Perak tidak melakukan sebarang penambahan anggota mahupun peminjaman aset dari negeri lain kerana kekuatan sedia ada mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perhimpunan Bulanan dan Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Balai di Ibu Pejabat JBPM Perak, di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.