
PUTRAJAYA, 9 JULAI – Pembelian padi dan beras didakwa tidak pernah berlaku, namun kemudahan pembiayaan tetap diperoleh.
- Tiga individu ditahan dalam Op Sekam, termasuk dua pengarah syarikat dan seorang pengurus operasi.
- Pengurus operasi direman lima hari hingga 11 Julai; dua pengarah dibenarkan jaminan.
- SPRM merakam percakapan 10 individu dan akan memanggil 23 lagi untuk membantu siasatan.
- Empat akaun syarikat bernilai RM3.47 juta dibekukan sebagai sebahagian tindakan siasatan.
Itu antara fokus siasatan SPRM menerusi Op Sekam yang menyaksikan tiga individu ditahan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, individu yang ditahan terdiri daripada dua pengarah syarikat dan seorang pengurus operasi.
“Pengurus operasi syarikat telah direman lima hari sehingga 11 Julai, manakala dua pengarah dilepaskan dengan jaminan.
“Siasatan awal mendapati bahawa urusan pembelian padi dan beras yang dikemukakan dalam dua permohonan pembiayaan tersebut dipercayai tidak pernah berlaku, namun proses siasatan masih berlangsung,” kata Datuk Seri Abdul Halim.
Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 10 individu dan akan memanggil 23 lagi bagi membantu siasatan.
Empat akaun syarikat bernilai RM3.47 juta turut dibekukan