
ARAU, 9 Julai -Seramai 338 pemain dari 18 negara mengesahkan penyertaan bagi menyertaiKejohanan Woodball Piala Dunia Ke-10 dan Terbuka Antabangsa Malaysia ke-26 yang dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 30 Julai.
- Lokasi kejohanan: Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis Kampus Alam Pauh Putra.
- Senarai negara peserta termasuk Malaysia, Singapura, Uganda, Thailand, Mongolia, Chinese Taipei, China, Hong Kong, Indonesia, Nepal, Peru, India dan Kenya.
- Persediaan rapi sedang dilaksanakan bagi menyambut peserta; pemain negara menjalani latihan intensif untuk tampil pada tahap terbaik.
- Sukarelawan 60 mahasiswa UniMAP akan mengalas tanggungjawab memastikan kelancaran kejohanan yang julung kali di Malaysia.
Kedua-dua kejohanan berkenaan bakal berlangsung di Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.
Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin menerusi kenyataan memaklumkan, antara negara yang menyertai kejohanan berkenaan ialah tuan rumah Malaysia, Singapura, Uganda, Thailand, Mongolia, Taiwan, China, Hong Kong, Indonesia, Nepal, Peru, India dan Kenya.
“Ketika ini persediaan rapi sedang dilaksanakan bagi menyambut kehadiran setiap peserta. Manakala pemain-pemain negara kini giat menjalani latihan intensif bagi memastikan skuad negara berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan”, ujarnya
Bersempena kejohanan, seramai 60 sukarelawan terdiri mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal mengalas tanggungjawab bagi memastikan kelancaran kejohanan yang julung kali berlangsung di Malaysia .