Manchester United ikat Santos

Foto REUTERS

LONDON, 9 Julai – Manchester United dilapor mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk membawa masuk perancang tengah muda Brazil, Andrey Santos, menurut laporan media Britain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perpindahan bernilai awal £48 juta, tambahan £2 juta bonus prestasi dan klausa jual semula 10%.
  • Pengurus Michael Carrick mahu pengganti di jentera tengah selepas perpindahan Casemiro dan kecederaan lutut Manuel Ugarte.
  • Santos akan jalani ujian perubatan di Carrington sebelum pengumuman rasmi; dijangka bergandingan bersama Éderson yang turut tiba.

Pemain berusia 22 tahun itu akan berpindah ke Old Trafford dengan nilai perpindahan awal sebanyak £48 juta, berserta tambahan £2 juta dalam bentuk bonus prestasi serta klausa penjualan semula sebanyak 10 peratus.

Langkah memburu Santos dipacu oleh pengendali baharu United, Michael Carrick, bagi mengisi kekosongan jentera tengah selepas perpindahan Casemiro dan kecederaan lutut serius yang menimpa Manuel Ugarte ketika beraksi di Piala Dunia bersama Uruguay.

Santos yang dipancing Chelsea dari Vasco da Gama pada 2023 sebelum ini banyak menghabiskan kariernya sebagai pemain pinjaman di Nottingham Forest serta Strasbourg.

Namun, dia mula mendapat tempat di Stamford Bridge musim lepas dengan mengumpul 43 penampilan dan meledak tiga gol.

Meskipun mempamerkan prestasi konsisten pemain itu terpaksa akur apabila tidak disenaraikan dalam skuad Brazil ke Piala Dunia 2026 oleh Carlo Ancelotti.

Santos dijadualkan menjalani ujian perubatan di Carrington sebelum diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu The Red Devils.

Dia dijangka bergandingan bersama Éderson yang turut bakal melengkapkan perpindahan dari Atalanta. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.