Cuba menderita akibat terputus bekalan elektrik

Foto REUTERS

HAVANA, 7 Julai  – Rakyat Cuba kini berdepan penderitaan meruncing apabila kembali mengalami gangguan bekalan elektrik buat kali ketiga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sekatan Amerika Syarikat terhadap bekalan bahan api menyumbang kepada krisis tenaga dan gangguan bekalan elektrik di Cuba.
  • Syarikat utiliti UNE melaporkan pemutusan menyeluruh sistem penjanaan elektrik dan sedang menyiasat punca kejadian.
  • Gangguan kerap menyebabkan catuan lama, pengangkutan hampir lumpuh, pembedahan ditangguhkan dan risiko kecemasan kemanusiaan semakin meningkat.

Krisis tenaga global itu dilaporkan berpunca sekatan bekalan bahan api yang dikuatkuasakan Amerika Syarikat (AS) yang kali pertama bermula awal tahun ini.

Syarikat utiliti kuasa kebangsaan Cuba (UNE) menyatakan berlaku pemutusan menyeluruh daripada sistem penjanaan elektrik negara dan sedang menyiasat punca kejadian.

Situasi terbaharu ini juga merupakan gangguan bekalan elektrik kali kelapan melanda pulau yang dihuni oleh 9.6 juta penduduk sejak akhir tahun 2024.

Sebelum ini, kerajaan terpaksa melaksanakan catuan elektrik termasuk di Havana yang mengalami terputus bekalan selama 30 jam berturut-turut, manakala beberapa kawasan luar bandar bergelap hingga lebih 70 jam.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini turut memberi amaran mengenai potensi berlakunya kecemasan kemanusiaan berikutan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang semakin kritikal di Cuba.

Sektor pengangkutan di pulau berkenaan juga hampir lumpuh sepenuhnya, manakala beberapa prosedur pembedahan di hospital terpaksa ditangguhkan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.