PRN Johor: Calon-calon PH tekad perjuangkan bersama isu rakyat

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 6 Julai – Isu pengangkutan awam, penjagaan warga emas, tebatan banjir serta rentas sempadan antara fokus utama yang diperjuangkan calon-calon Pakatan Harapan (PH) di Johor bagi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat terus diberi perhatian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Calon PH akan menangani isu rakyat secara bersama tanpa meminggirkan kebimbangan masyarakat.
  • Kesepakatan calon-calon PH Greater Johor Bahru menunjukkan komitmen menyelesaikan masalah sekiranya diberi mandat.
  • Menggunakan semua saluran persekutuan dan negeri untuk membuat keputusan, melaksanakan aktiviti dan merancang demi kebaikan rakyat.
  • Penekanan khas pada penjagaan warga emas termasuk tambah pusat komuniti dan anjur aktiviti sosial untuk kestabilan keluarga dan pekerjaan belia.

Calon PH N.45 Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, isu yang dihadapi rakyat tidak pernah dipinggirkan, sebaliknya akan ditangani secara bersama melalui kerjasama erat antara wakil rakyat dan kerajaan.

Beliau berkata kesepakatan calon-calon PH di kawasan ‘Greater Johor Bahru’ membuktikan komitmen berterusan gabungan itu untuk menyelesaikan isu rakyat
sekiranya diberi mandat.

“Kami menggunakan semua saluran yang ada sama ada persekutuan mahu pun negeri untuk membuat keputusan, melaksanakan aktiviti, serta perancangan demi kebaikan rakyat,” katanya.

Sementara itu, calon PH N.48 Skudai, Kartiyaini Jeyapalan berkata, penjagaan warga emas perlu diberi penekanan khusus, selain perancangan yang lebih
menyeluruh bagi memenuhi keperluan golongan berkenaan.

Beliau berkata, antara cadangan bagi mengukuhkan elemen itu termasuk menambah pusat komuniti serta menganjurkan aktiviti sosial.

“Matlamat kami adalah memberikan keterangan kepada golongan warga emas dan juga golongan belia yang mempunyai keluarga warga emas.

“Ia demi masa depan warga muda supaya mereka tetap dapat keluar bekerja dalam keadaan tenang,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada semasa sidang media calon-calon PH bagi kawasan Greater Johor Bahru, di sini, hari ini.

Turut Hadir sama ialah calon N.46 Perling, Alan Tee Boon Tsong, N.40 Tiram, Nor Zulaila Abd Ghani dan N.42 Johor Jaya, Lee Wern Ying.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.