PM ucap selamat mengundi kepada pengundi awal PRN Johor

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi awal yang akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkongsian di Facebook oleh Anwar Ibrahim, Presiden Pakatan Harapan.
  • Beliau berharap proses pengundian PRN Johor berjalan lancar.
  • Menggesa pengundi awal melaksanakan tanggungjawab demi masa depan Johor.
  • Mengajak pengundi memilih calon HARAPAN; mesej Johor Ke Depan dan undi HARAPAN.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) berharap proses pengundian itu berlangsung dengan lancar.

Beliau menyeru pengundi awal supaya melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa depan negeri Johor.

“Selamat mengundi buat para pengundi awal PRN Johor. Lakukan yang terbaik untuk negeri ini.

“Pilihlah calon HARAPAN! Johor Ke Depan. Undi HARAPAN,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.