
MANILA, 4 Julai – Senat Filipina dijadualkan menyambung semula prosiding kes pemecatan terhadap Naib Presiden, Sara Duterte pada Isnin ini (6 Julai).
- Mahkamah sebelum ini telah bersidang dan mengeluarkan saman terhadap Sara Duterte.
- Duterte menafikan semua pertuduhan serta mendakwa prosiding ini bermotifkan politik.
- Perkara bermula daripada artikel pemecatan diluluskan Dewan Perwakilan menuduh penyalahgunaan dana sulit, kekayaan mencurigakan dan ugutan terhadap pegawai kanan.
- Untuk sabitan perlu sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada 24 senator iaitu 16 orang; sabitan bermakna lucut jawatan dan larangan pegang jawatan politik.
Mahkamah sebelum ini telah bersidang dan mengeluarkan saman kepada Duterte, namun beliau menafikan semua pertuduhan serta menyifatkan kes tersebut bermotifkan politik.
Kes berkenaan berpunca daripada artikel pemecatan yang diluluskan Dewan Perwakilan, yang menuduh Duterte menyalahgunakan dana sulit, memiliki kekayaan yang mencurigakan, serta mengugut beberapa pegawai kanan kerajaan.
Untuk disabitkan bersalah, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada 24 ahli Senat iaitu 16 orang perlu menyokong keputusan tersebut.
Prosiding pada Isnin ini dijangka menentukan hala tuju perbicaraan penuh kes tersebut. Jika disabitkan bersalah, beliau akan dilucutkan jawatan serta dihalang daripada memegang sebarang jawatan politik pada masa hadapan.-REUTERS