
BATU PAHAT, 4 Julai – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meluangkan masa, menziarahi dua individu yang merupakan pesakit kronik serta orang kurang upaya (OKU) di Batu Pahat, Johor, hari ini.
- Program Ziarah Kasih beri sokongan moral kepada pesakit kronik dan OKU.
- Norreyan Minhat, 50, strok akibat tidak mengambil ubat darah tinggi, menyebabkan pergerakan anggota badan terhad.
- Cadangan supaya Norreyan mendapatkan rujukan pakar untuk rawatan strok.
- Lawatan turut melibatkan Mohd Norizuwan Ismail, 41, OKU fizikal dari Seggarang.
Lawatan melalui program Ziarah Kasih itu sebagai tanda sokongan moral kepada mereka.
Menurut salah seorang daripadanya yang juga penghidap strok, Norreyan Minhat, 50 tahun, penyakit itu menyebabkan pergerakan beberapa anggota badannya terbatas.
“Saya sebelum ini menghidap darah tinggi, kemudian saya tidak mengambil ubat darah tinggi yang diberikan oleh hospital. Saya diserang strok di rumah ketika hendak pergi bekerja, iaitu dalam perjalanan ke tempat kerja,” katanya kepada RTM di sini.
Datuk Fahmi turut mencadangkan supaya Norreyan mendapatkan rujukan pakar berhubung keadaan strok yang dihadapinya.
Beliau turut meluangkan masa menziarahi Mohd Norizuwan Ismail, 41 tahun, yang merupakan OKU fizikal di Seggarang.