PM seru pembinaan rumah kos rendah diperluas di Johor

Foto BERNAMA

KULAI, 4 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru supaya perangkaan dan pelaksanaan pembinaan rumah kos rendah di Johor dibina secara meluas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perumahan kos rendah di bawah tanggungjawab negeri, bukan Kerajaan Persekutuan.
  • Laksanakan projek perumahan rakyat sebaiknya, jaga kepentingan dan kualiti rumah untuk rakyat.
  • Utamakan penyediaan gerai teratur dan selesa untuk peniaga kecil selari projek pembangunan berskala besar.

Usaha itu bagi memastikan lebih ramai rakyat di negeri berkenaan, berpeluang memiliki kediaman sendiri, seperti yang dilaksanakan di negeri-negeri lain termasuk Selangor.

“Rumah-rumah kos rendah itu terletak di bawah tanggungjawab negeri, bukan Kerajaan Persekutuan.

“Saya telah meninjau satu atau dua projek perumahan rakyat. Ini rumah rakyat, jadi laksanakanlah dengan sebaiknya.

“Di Kuala Lumpur saya lihat, manakala di Selangor dan Perak kita telah membangunkannya. Johor mesti memberi fokus kepada perumahan rakyat. Jaga rumah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Kita Genk MADANI X Anak Muda Bukit Batu di sini.

Tambahnya, penyediaan gerai yang lebih teratur dan selesa untuk peniaga kecil juga perlu diberi keutamaan, seiring pelaksanaan projek-projek pembangunan berskala besar.

Ia bagi memastikan peniaga kecil dapat berniaga dalam persekitaran yang lebih selesa, teratur dan bersih.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.