
GEORGE TOWN, 4 JULAI – Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memainkan peranan penting bagi memastikan karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kekal relevan dan dihargai
masyarakat menerusi pelbagai program.
- Datuk Mokhzani menyaksikan pelbagai inisiatif RTM termasuk pertandingan Bintang P. Ramlee.
- Kepelbagaian program memastikan karya P. Ramlee kekal relevan dan dihargai masyarakat.
- Sebagai penyiar awam, RTM bertanggungjawab memelihara khazanah muzik negara, tetapi tidak sendiri.
- Bintang P. Ramlee setiap dua tahun memastikan lagu-lagu P. Ramlee terus hidup dan dinyanyikan semula.
Bekas Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail berkata, sepanjang perkhidmatannya, beliau menyaksikan pelbagai inisiatif dianjurkan RTM seperti Bintang P.Ramlee.
Jelas beliau, kepelbagaian program tersebut secara tidak langsung berjaya memastikan karya seniman agung berkenaan kekal relevan.
Datuk Mokhzani pada masa sama menegaskan, sebagai penyiar awam, RTM mempunyai tanggungjawab besar dalam memelihara khazanah muzik negara, namun usaha tersebut tidak seharusnya dipikul oleh RTM semata-mata.
“RTM yang mempunyai banyak khazanah-khazanah, apatah lagi ada pertandingan Bintang P. Ramlee setiap dua tahun yang sampai sekarang masih ada. Jadi lagu-lagu P. Ramlee itu terus hidup.
“Jadi saya rasa RTM adalah salah satu platform yang banyak membantu dalam mengusaha, menjaga dan memelihara lagu-lagu ini (P.Ramlee). Tidak salah lagu-lagu ini dinyanyikan balik oleh artis-artis sekarang kerana ianya satu karya yang akan bertahan sampai bila-bila,” jelasnya
Beliau berkata demikian dalam sesi temubual bersama RTM selepas menjadi panel Bicara Rentak Irama 2.0 di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Pulau Pinang sempena sambutan Minggu Kenangan P.Ramlee 2026.