
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Pelaksanaan harga diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter membolehkan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengurangkan kos operasi dan memperkukuh aliran tunai perniagaan.
RINGKASAN BERITA AI
- Usahawan PMKS menikmati penjimatan kira-kira 47 peratus, membolehkan menampung kos input lain.
- Penjimatan boleh digunakan untuk menyerap kos input lain dan melabur dalam adaptasi teknologi serta pendigitalan.
- Penurunan harga diesel memberi ruang kepada pemain industri mengekalkan kadar perkhidmatan lebih rendah serta mempertingkat daya saing.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berpendapat usahawan P-M-K-S kini menikmati penjimatan kira-kira 47 peratus, sekali gus berupaya menampung kos input lain.
“Penjimatan boleh digunakan untuk menyerap kos input lain serta melabur dalam adaptasi teknologi dan pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti.
“Penurunan harga diesel itu memberi lebih ruang kepada pemain industri mengekalkan perkhidmatan pada kadar yang lebih rendah dan meningkatkan daya saing perniagaan,”katanya kepada RTM.