Adu kepada BNM, jika dikenakan fi RM1 di ATM milik bank

Foto Hiasan/Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Pengguna yang masih dikenakan fi RM1 ketika membuat pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik bank, boleh membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan susulan boleh diambil terhadap bank yang gagal mematuhi pengecualian fi yang berkuat kuasa semalam.
  • Pengecualian hanya untuk ATM milik bank, meliputi hampir 16,000 mesin di seluruh negara.
  • Pengguna dinasihatkan kenal pasti ATM milik bank melalui logo untuk elak kekeliruan dengan mesin pihak ketiga.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, tindakan susulan boleh diambil sekiranya terdapat bank yang gagal mematuhi pelaksanaan pengecualian fi berkenaan, yang berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, pengecualian berkenaan hanya terpakai kepada ATM yang dimiliki oleh bank dan ia meliputi kira-kira hampir 16,000 mesin di seluruh negara.

“Secara umum, inisiatif ini akan mengembangkan ekses untuk mengeluarkan wang tunai di rangkaian ATM yang dimiliki bank di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan di Angkasapuri Kota Media.

Datuk Fahmi juga mengingatkan pengguna untuk mengenal pasti ATM milik bank melalui logo yang dipaparkan pada mesin berkenaan, berbanding mesin kendalian pihak ketiga bagi mengelakkan kekeliruan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.