BAKAT MADANI buka peluang kepada 25,000 individu – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim /BERNAMA

SENDAYAN, 29 Jun – Inisiatif BAKAT MADANI menyasarkan 25,000 penerima manfaat menerusi peluang latihan, peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan berkualiti menjelang 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • BAKAT MADANI memberi peluang latihan, pensijilan dan pekerjaan kepada graduan, lepasan TVET serta golongan rentan.
  • Kerajaan memastikan akses pembangunan bakat lebih saksama untuk belia B40, golongan asnaf, anak yatim dan komuniti memerlukan peluang kedua.
  • Program menumpukan kebolehpasaran, pengembangan penempatan pekerjaan dan pemberdayaan institusi TVET melalui kerjasama industri.
  • Inisiatif melibatkan GLIC, GLC dan PETRONAS untuk menyokong sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan pembuatan termaju.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, inisiatif berkenaan menyediakan peluang kepada graduan, lepasan TVET serta golongan rentan untuk mengikuti latihan, memperoleh pensijilan dan peluang pekerjaan dalam sektor strategik.

“Penyediaan peluang dalam program ini mencecah sehingga 25,000. Anak-anak jangan lupa menyatakan penghargaan kepada mereka yang telah membantu menguruskan program ini,” katanya demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran BAKAT MADANI disini, yang turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurut beliau, kerajaan turut mahu memastikan peluang pembangunan bakat dinikmati secara lebih adil termasuk belia daripada keluarga B40, golongan asnaf, anak yatim serta komuniti yang memerlukan peluang kedua.

“Ruang itu banyak. Sampaikan kepada anak-anak kita yang lain, kawan-kawan lain, tengok cari jalan bantu… Insya-Allah kita tambah lagi program seperti ini,” jelasnya.

BAKAT MADANI memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kebolehpasaran, memperluas penempatan pekerjaan serta memperkasa institusi TVET melalui kerjasama industri dalam sektor ekonomi bernilai tinggi negara.

Inisiatif yang menghimpunkan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta PETRONAS itu memperkukuh pembangunan bakat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan.

Inisiatif berkenaan turut melibatkan sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan pembuatan termaju, sekali gus menyokong agenda pembangunan modal insan serta pertumbuhan ekonomi negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.