Penerbit perlu lebih cermat terbit buku agama libat teks al-Quran, hadis – Jakim

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggesa Majlis Buku Kebangsaan Malaysia agar sentiasa mengingatkan semua penerbit supaya lebih cermat dan berhati-hati apabila menerbitkan buku yang mengandungi teks al-Quran dan hadis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penulis mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan dan kesahihan kandungan buku agama.
  • Penerbit wajib melantik pasukan pakar serta petugas berkelulusan pengajian Islam untuk menyemak kandungan sebelum terbit.
  • Semua buku berunsur agama mesti disemak pihak berautoriti bagi memelihara kesucian al-Quran dan hadis.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, berkata perkara itu susulan kontroversi kesilapan ayat suci al-Quran dalam sebuah buku agama yang ditulis oleh seorang pempengaruh baru-baru ini.

Beliau berkata, setiap penulis perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan buku yang dihasilkan.

Selain itu, semua penerbit buku berunsurkan agama perlu melantik pasukan pakar serta kakitangan berkelulusan pengajian Islam bagi menyemak kandungan agama sebelum diterbitkan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan ketepatan fakta serta memelihara kesucian ayat al-Quran dan hadis.

Beliau turut menyokong kenyataan tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, bahawa penerbit perlu memelihara kesucian Islam dan semua buku agama wajib disemak oleh pihak berautoriti bagi memastikan kesahihan kandungannya.

Sirajuddin berkata setiap penulis perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang dihasilkan.

Manakala penerbit buku kandungan agama perlu melantik pasukan pakar serta petugas berkelulusan pengajian Islam untuk menyemak semua kandungan agama sebelum diterbitkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.